Nuralmas's Blog

Life is beautiful

Makluman Penempatan Lepasan KPLI Ambilan Khas Jun 2009 dan Lepasan IPTA (Sekolah Rendah) 23/07/2010

Filed under: Uncategorized — nuralmas @ 3:36 pm

Semakan Penempatan Guru Baru Sekolah Rendah [Lepasan KPLI Ambilan Khas Jun 2009 dan Lepasan IPTA (Sekolah Rendah)] ialah mulai 2 Ogos 2010 melalui Laman Web KPM.

Tarikh Penempatan Guru Baru Sekolah Rendah [Lepasan KPLI Ambilan Khas Jun 2009 dan Lepasan IPTA (Sekolah Rendah)] ialah pada 16 Ogos 2010 (Isnin).

Diterbitkan Oleh: Bahagian Pengurusan Maklumat

Pesanan buat teman2, semoga kita dapat menjadi seorang pendidik yang bertanggungjawab, bertimbangrasa, ikhlas dan amanah dalam tugas. Tak kira dia mana jua kita ditempatkan. Amanah sebagai guru amat berat, setaip pelusuk kita ditempatkan, di situ juga terdapat murid-murid yang dahagakan ilmu.

 

Adab-adab semasa bercakap 30/04/2010

Filed under: Uncategorized — nuralmas @ 9:18 pm

salam… ramai diantara kita yang suka bercakap.. betul kan? Tapi tahukan kita bahawa bercakap juga ada adab-adabnya.. antaranya:-

  • Bercakaplah dengan nada yang jelas tanpa ada rasa keraguan dan jangan bercakap dengan nada yang samar-samar
  • Bercakaplah di depan dengan cara bertentangan mata dan jangan bercakap di belakang, ini untuk mengelakkan timbulnya keraguan dan salah faham.
  • Jika seoarng sedang bercakap tentang sesuatu tajuk dan tajuk itu belum habis dibincangkan maka janganlah mengutarakan tajuk baru atau memotong perbualannya itu.
  • Jika seseorang sedang makan maka janganlah bercakap tentang sesuatu yang menjijikkan atau tentang sesuatu yang tidak disukai olehnya.
  • Jangan bercakap di depan orang yang sedang sakit tentang sesuatu yang mendukacitakan sebaliknya ucapkanlah tentang sesuatu yang memberangsangkan.
  • Jangan sesekali meniru gaya percakapan atau telor orang yang jahil dalam agama
  • Jangan bercakap secara berkumam mulut
  • Jangan bercakap mengenai hal orang lain, membuat fitnah serta mencaci-maki orang
  • Jangan memanggil orang yang lebih tua dari kita dengan panggilan nama, seeloknya pangillah dengan nama yang memuliakan mereka.
  • Jangan memanggil seseorang dengan gelaran yang tidak menyenangkannya
  • Jangan bercakap tentang sesuatu perkara yang anda sendiri masih kurang pasti mengenainya.
 

13 aurat wanita 18/11/2009

Filed under: Uncategorized — nuralmas @ 11:35 am

Tiga belas aurat wanita iaitu:

1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang mencukuratau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikandari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki memakai gelang berloceng – Dan janganlah mereka (perempuan)menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang merekasembunyikan – Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kakidan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya padamereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizamanjahiliyah.

3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewatisuatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggapmelakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yangberserombong kapal kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari HadisRiwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupibahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31.

5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supayadikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuanyang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah -Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlahkamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan :Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yangmenampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah denganmemakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seoranggadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecualipergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim danBukhari.

8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripadamenyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari HadisRiwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandanganlainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandanganseterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad,Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalamberbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari S ura h Al AhzabAyat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakandengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) danpenyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikandari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklahmereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjagakehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripadapintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya,melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dariHadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yangmenjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhiratnanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari S ura h Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlahkepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin,hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itusupaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah mahapengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaiantetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untukmelakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya-Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yangberpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagiantertentu.

13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akandigantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu didunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukanmahramnya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Wanita-wanita yang dikasihi sekelian..tunggu apa lagi, tutuplah auratmu, kerana ianya perintah dari Allah, Allah yang menciptakan kamu, Rabb yang memberikankita kehidupan kekal abadi diakhirat kelak, baik atau buruk diatas rahmat Diadan bagaimana buku amal kita diterima kelak. Jangan tunggu apa lagi, kita tidakpasti bila ajal maut kita atau bila Allah pilih kita untuk diberi hidayah..para isteri, tidak sayangkah anda pada suami2 anda? suami2 anda akan ditanya,dipersoalkan kelak dihadapan Allah..kasihan pada mereka..suami-suami? tidakcintakah lagi pada isteri? isteri anda akan menerima azab yang berat diakhirat..Na’uzubillahhimin zaliq..bersama-samalah kita berpesan untuk kebaikanbersama dan berdoa ke hadrat Allah atas kesilapan-kesilapan dan dosa-dosa yangtelah kita lakukan, sentiasa bermuhasabah dan menginsafi diri sendiri sertatidak putus asa daripada meminta rahmat Allah s.w.t kerana ia adalah sifatkaum-kaum yang beriman..

Rabbana aatina fiddunya hasanah wafil aakhirati hasanah waqina ‘azabannar. Amin.

 

Wanita 16/11/2009

Filed under: Uncategorized — nuralmas @ 10:38 pm

::Wanita :: (De hearty)

 

Kau digelar sebagai penyeri dunia

Hadirmu melengkap hubungan manusia

Bukan sahaja dirindui yang biasa

Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

 

Akalmu senipis bilahan rambut

Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu

Jua hatimu bak kaca yang rapuh

Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

 

Tercipta engkau dari rusuk lelaki

Bukan dari kaki untuk dialasi

Bukan dari kepala untuk dijunjung

Tapi dekat dibahu untuk dilindung

Dekat jua di hati untuk dikasihi

Engkaulah wanita hiasan duniawi

 

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok

Jika datangnya dari kayu yang bengkok

Begitulah peribadi yang dibentuk

 

Didiklah wanita dengan keimanan

Bukannya harta ataupun pujian

Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

 

Engkaulah wanita istimewa

 

Sedarilah insan istimewa

Bahawa kelembutan bukan kelemahan

Bukan jua penghinaan dari Tuhan

Bahkan sebagai hiasan kecantikan

(p/s: InsyaALLAH lagu akan di uploadkan.. )

 

Ada apa dalam kotak?? 03/11/2009

Filed under: Uncategorized — nuralmas @ 9:25 pm

 Satu hari ketika seorang ayah membeli beberapa gulung kertas bungkusan hadiah, anak perempuannya yang masih kecil dan manja sekali, meminta satu gulung.

“Untuk apa?” tanya si ayah.

“Nak bungkus hadiah” jawab si kecil.

“Jangan dibuang-buang ya.” pesan si ayah, sambil memberikan satu gulungan kecil.

Keesokan harinya, pagi-pagi lagi si kecil sudah bangun dan membangunkan ayahnya,

“Yah, Ayah…….. ada hadiah untuk Ayah.”

Si ayah yang masih menggeliat, matanya pun belum lagi terbuka sepenuhnya menjawab, “Sudahlah…. nanti nanti saja.”

Tetapi si kecil pantang menyerah,

“Ayah, Ayah, bangun Ayah, dah pagi”

“Eh… kenapa ganggu ayah… masih terlalu awal lagi untuk ayah bangun.”

Ayah terpandang sebuah bungkusan yang telah dibalut dengan kertas pembungkus yang diberikan semalam.!

“Hadiah apa ni?”

“Hadiah hari jadi untuk Ayah. Bukalah Yah, buka sekarang.”

Dan si ayah pun membuka bungkusan itu. Ternyata di dalamnya hanya sebuah kotak kosong. Tidak berisi apa pun juga.

“Eh.. kenapa kosong?? Tak ada isi di dalamnya. Kan Ayah dah kata jangan buang-buang kertas bungkusan Ayah. Membazir tu”

Si kecil menjawab,

“Tak Ayah….., ada isi tu… Tadi kan, Puteri masukkan banyak sekali ciuman untuk Ayah.”

Si ayah merasa terharu, dia mengangkat anaknya. Dipeluk dan diciumnya.

“Puteri, Ayah belum pernah menerima hadiah seindah ini. Ayah akan selalu menyimpan hadiah ini. Ayah akan bawa ke pejabat dan sekali-sekala kalau perlu ciuman Puteri, Ayah akan mengambil satu. Nanti kalau kosong diisi lagi ya!”

Kotak kosong yang sesaat sebelumnya dianggap tidak berisi, tidak memiliki nilai apa-apa pun, tiba-tiba terisi, tiba-tiba memiliki nilai yang begitu tinggi. Apa yang terjadi? Lalu, walaupun kotak itu memiliki nilai yang sangat tinggi di mata si ayah, namun di mata orang lain tetap juga tidak memiliki nilai apa pun. Orang lain akan tetap menganggapnya sebuah kotak kosong.

Moral: Kosong bagi seseorang boleh dianggap penuh oleh orang lain. Sebaliknya, penuh bagi seseorang boleh dianggap kosong oleh orang lain. KOSONG dan PENUH – kedua-duanya merupakan produk dari “fikiran” anda sendiri. Sebagaimana anda memandangi hidup demikianlah kehidupan anda. Hidup menjadi bererti, bermakna, kerana anda memberikan erti kepadanya, memberikan makna kepadanya. Bagi mereka yang tidak memberikan makna, tidak memberikan erti, hidup ini ibarat lembaran kertas yang kosong…

 

suatu anugerah 02/11/2009

Filed under: Uncategorized — nuralmas @ 9:08 pm

Masa saya dapat emel ni dan baca emel ni… terharu dan tersentuh rasa hati.. mana mungkin naluri seorang isteri tidak terusik membaca bait-bait kata dan nasihat yang dikongsi, sebagai pedoman dalam diri,terima kasih kepada yang sudi berkongsi..

SUATU PERJALANAN
“Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan.”

Teringat pesan ayah di suatu petang…
“Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati,” ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.

Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.

SILAP ISTERI
Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud:
 

 

“Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka”Seorang wanita lalu bangun bertanya, “Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?”Rasulullah SAW menjawab, “Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.”

Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.

YANG LEBIH, YANG KURANG
“Awak beruntung ye, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa,” luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata.
“Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap,” jawab saya supaya dia buka mata.
“Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana . Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia.” pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati. Kembali ‘memandang tinggi’ kehadiran seorang suami.

ENGKAU TERBAIK UNTUKKU
“Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi.”
Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan.
Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi.
Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, “Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini.”
Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.
Saling berpesan-pesan kpd kebaikan.. 
 

 

salam tahniah

Filed under: Uncategorized — nuralmas @ 8:53 pm

dikesempatan ini saya dan suami ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan yang baru menyambut kelahiran baby mereka baru-baru ini. Selamat menyambut kedatangan orang baru, semoga terus menambah cahaya bahagia. semoga kelahiran baby-baby ni mengeratkan dan menyemarakkan lagi kasih sayang dalam keluarga kalian ..

diani & suami = IEESYA

siti dan FAM = MUHAMMAD DANIAL HASIF

abg mie & kak umi = NUR ANIS RAUDHAH